slideshow slideshow slideshow slideshow slideshow

Sepintas Lalu

DSC 0288Desasiswa Fajar Harapan ialah desasiswa kelapan di kampus induk USM. Ia telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Dato Musa Mohamad pada 25 Jan 1986.

Desasiswa Fajar Harapan mempunyai dua blok asrama tiga tingkat, setiap satu blok asrama tiga tingkat, setiap satu menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Kedua-dua blok ini berupaya menampung 652 pelajar yang dibahagikan kepada 2 blok iaitu 1 blok lelaki iaitu F26 dan 1 blok perempuan iaitu F25. Setiap bilik di blok lelaki dan perempuan dihuni oleh dua orang penghuni. 

Desasiswa Fajar Harapan adalah di bawah pentadbiran seorang Penggawa, dua orang Penolong Penggawa, dan seorang Felo. Urusan haraian dilaksanakan oleh seorang Penolong Pengurus Asrama dan staf lain yang bertanggujawab di bawah arahan Penggawa dan pembantunya.

Kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran dengan Pintu Sg. Dua, Masjid Khalid Al Walid dan Pusat Pengajian serta pemandangan tasik yang indah menyebabkan desa ini sering mendapat banyak permintaan tempat tinggal oleh pelajar USM. Oleh itu, Desasiswa Fajar Harapan sesuai dijadikan tempat penginapan perserta persidangan, bengkel, atau kursus semasa pelajar universiti sedang bercuti.

Selain itu, lokasi Desasiswa Fajar Harapan berhampiran dengan kemudahan universiti seperti masjid, bank, pejabat pos, kedai buku, dan kedai Mahasiswa.

Desasiswa Fajar harapan dijadikan tempat penginapan rombongan pelawat USM atau ke Pulau Pinang.

 

Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan

 

ServisDesk @Fajar Harapan

helpdesk-support

Hotline :

04-6533619

>>klik sini<<
waktu solat

Pautan

usm bhep
ips kpt
library pusatislam
sejahtera sekurity

Hubungi Kami

Desasiswa Fajar Harapan,
Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3619 | Fax : +604-656 6571
emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Penafian

USM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data dari laman web ini.
Pelayar : Firefox3 / IE 7 [1280 x 1024]